Tapak Demonstrasi UNESCO Ekohidrologi
Sistem Pengurusan Dan Operasi Tasik Putrajaya Dan Wetland (PLWMOS)
SISTEM PENGURUSAN DAN OPERASI TASIK PUTRAJAYA DAN WETLAND (PLWMOS)
PLWMOS bertujuan untuk menjadi pengkalan data utama mengenai persekitaran dan alat menganalisa bagi ukuran semasa hidrologi, fizikokimia, parameter biotik tasik Putrajaya dan wetland. Sistem PLWMOS yang dirancang akan mempunyai fungsi untuk kemasukan data, model persekitaran dan penghantaran laporan dalam talian dan mempunyai kebolehan perhubungan kepada sistem sedia ada dalam CMC (contoh EMMS). PLWMOS juga akan direka sebagai sistem bantuan keputusan berasaskan maklumat terutamanya untuk membantu sistem amaran awal untuk mengawasi kemungkinan berlakunya masalah persekitaran.
Objetif utama PLWMOS termasuk:
- Untuk menyediakan modul kemasukan data untuk ahli sains & konsultan teknikal.
- Untuk membangun sistem pengurusan pengkalan data persekitaran yang berpusat, mudah diakses dan berintegrasi.
- Untuk membangunkan modul pemantauan & penilaian persekitaran berasas teknik dan model dalam skop sepertimana yang dinasihatkan oleh kosultan sektoral.
- Untuk membangun dan menyediakan kaedah bagi modul penghantaran laporan dan penilaian melalui internet.
- Untuk membangunkan sistem amaran awal untuk mengawasi kemungkinan berlaku masalah persekitaran.
- Untuk maklumat lanjut sila layari di http://plwmos.ppj.gov.my