E-mel ppjonline@ppj.gov.my dan kami akan sedia membantu dengan semua soalan anda.
Telefon kami di +603 8000 8000 untuk bercakap dengan pasukan Sokongan kami.
Tanah Perkuburan Presint 20, Putrajaya adalah diperuntukan kepada komuniti yang menetap di Wilayah Persekutuan Putrajaya sahaja.
Permit pengkebumian atau perkuburan yang dikeluarkan oleh pihak Hospital atau PDRM. Dokumen perlu diserahkan kepada Pejabat Pentadbiran Taman Selatan, Presint 20, Putrajaya bagi tujuan rekod.
Waktu ziarah pusara ditetapkan pada jam 7.00 pagi hingga 7.00 malam sahaja.
Cukai yang dikenakan oleh PPj ke atas pemilik harta untuk menyediakan perkhidmatan, penyelenggaraan dan pembangunan Putrajaya.
Beberapa kadar peratus (%) daripada Nilai Tahunan.
BIL | JENIS HARTA | KADAR (%) |
1 | TANAH KOSONG – RUMAH SESEBUAH | 3 |
2 | TANAH KOSONG – SELAIN SESEBUAH | 5 |
3 | TANAH KOSONG – KOMERSIAL/INDUSTRI | 8 |
4 | KEDIAMAN DI BAWAH HARGA RM150,000 | 5 |
5 | PANGSAPURI DENGAN HAKMILIK STRATA | 5.5 |
6 | PANGSAPURI TANPA HAKMILIK STRATA | 6 |
7 | RUMAH SESEBUAH, BERKEMBAR, TERES, RUMAH BANDAR DLL | 6 |
8 | KOMERSIAL – KEDAI, PEJABAT, INDUSTRI, TADIKA, SEKOLAH SWASTA, KOMPLEKS PEJABAT @ PERNIAGAAN | 8 |
Ya, semua harta samada bangunan atau tanah kosong boleh dikenakan cukai taksiran.
i) Bangunan
Anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi daripada bangunan berkenaan.
ii) Tanah kosong
10% daripada nilai harga pasaran tanah.
Cukai taksiran yang perlu dibayar adalah seperti berikut :-
Nilai Tahunan X Kadar peratusan cukai taksiran
Contoh :-
Nilai Tahunan = RM 10,000.00
Kadar = 5%
Cukai Taksiran = RM 500 setahun/ RM 250 untuk 6 bulan
Penentuan Nilai Tahunan masih lagi sama iaitu berasaskan anggaran sewa kasar setahun yang dijangka munasabah diperolehi sekiranya harta tersebut disewakan.
Perbezaan tersebut disebabkan oleh:-
Nilai Tahunan akan kekal sehingga Penilaian Semula kecuali terdapat pindaan kepada Senarai Nilaian mengikut Seksyen 144, Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171). Pindaan Senarai Nilaian dibuat atas sebab-sebab berikut:-
• Bangunan baru
• Bangunan diubahsuai/ tambahan binaan
• Bangunan runtuh atau dirobohkan
• Keluaran hakmilik baru
• Perubahan nilai pada harta yang disebabkan oleh peruntukan undang-undang berkaitan dengan perancangan
• Pembetulan penilaian sedia ada
Boleh. Apabila pemilik menerima Notis Pindaan Senarai Nilaian dan tidak berpuashati dengan cadangan Nilai Tahunan yang dinyatakan dalam notis, pemilik boleh mengemukakan bantahan bertulis dalam tempoh 14 hari selepas tarikh Notis Pindaan Senarai Nilaian dikeluarkan.
Setiap bantahan yang layak akan didengar oleh PPj melalui Mesyuarat Jawatankuasa Mendengar Bantahan Cukai Taksiran.
Lokasi, tarikh dan masa Mesyuarat Mendengar Bantahan akan dinyatakan di dalam Notis Mendengar Bantahan setelah anda mengemukakan bantahan secara bertulis ke Bahagian ini.
Pemilik atau wakil yang diberi kuasa.
Tuan/puan boleh membuat bantahan berdasarkan alasan yang diperuntukkan di bawah Seksyen 142 Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) :
Contoh: Sewa setahun yang munasabah bagi harta tuan/puan adalah RM 18,000 tetapi Nilai Tahunan yang dicadangkan adalah RM 30,000 ataupun keadaan sebaliknya.
Contoh: Sekolah, rumah ibadat, kemudahan awam dan lain-lain.
Contoh: Pihak PPj tidak menilai atau mengenakan cukai taksiran bagi harta milik jiran tuan/puan.
Contoh: Kedai pejabat 3 tingkat yang dijual strata kepada pemilik yang berbeza tetapi dinilai secara bersama dalam satu Nilai Tahunan kepada satu pemilik sahaja.
Cukai taksiran dan yuran penyelenggaraan adalah dua (2) perkara yang berbeza. Yuran penyelenggaraan adalah untuk menyelenggara kawasan gunasama harta kediaman strata tuan/puan. Manakala cukai taksiran adalah untuk perkhidmatan perbandaran seperti membaiki jalan, kemudahan rekreasi, kemudahan infrastruktur dan lain-lain.
Bil Cukai Taksiran dikeluarkan dua kali setahun iaitu pada setiap bulan Januari dan Julai bagi setiap tahun.
Tempoh akhir pembayaran Bil Cukai Taksiran adalah pada 28/29 Februari dan 31 Ogos setiap tahun.
Selepas tarikh itu, Caj lewat bayar akan dikenakan mengikut kadar RM 10.00 sahaja. Juga akan dikemukakan kepada pemilik-pemilik Borang E ( Notis Supaya Membayar Tunggakan Kadar). PPj akan mengambil tindakan sivil Mahkamah bagi menuntut tunggakan Cukai Taksiran ini dan harta-harta yang tertunggak boleh disita dan dilelong.
Jika maklumat ini tidak mencukupi, sila hubungi :-
Nama : Khairun Nadya Binti Nikman
Bahagian/unit : Unit Pelancongan
No. Telefon : 03-8887 7519
Emel : nadya [at] ppj [dot] gov [dot] my
Layari Laman Web www.ppj.gov.my atau facebook page Perbadanan Putrajaya https://www.facebook.com/putrajaya/
Sila layari laman web rasmi Perbadanan Putrajaya di www.ppj.gov.my
Ada. Pusat Infomasi Putrajaya(I-Centre) iaitu di hadapan Kompleks Kerajaan di Parcel B, Presint 1
Pemohon bolehlah menulis surat rasmi dengan menyatakan perkara berikut :
1) Tujuan Lawatan- lawatan
2) Bilangan delegasi/pelawat
3) status ketua delegasi/pelawat
dan dialamatkan kepada :
Pengarah
Bahagian Komunikasi Korporat,
Jabatan Perkhidmatan Korporat,
Perbadanan Putrajaya,
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
No 24, Jalan Persiaran Perdana,
Presint 3,
62675 Putrajaya.
Tel: 03-8887 7033
Faks: 03-8887 5013
PPj hanya menyediakan khidmat lawatan berpandu bagi lawatan secara secara berkumpulan dari sekolah menengah, persatuan, agensi kerajaan dan NGO.
Tak perlu. Kebenaran hanya diperlukan bagi mengadakan lawatan berpandu dan bertaklimat di Putrajaya.
Maklumat terperinci boleh dirujuk di http://penggambaran.ppj.gov.my/
Permohonan & maklumat berkaitan penggambaran boleh diperolehi secara atas talian di http://penggambaran.ppj.gov.my/
Permohonan boleh dikemukakan secara atas talian di https://spt.ppj.gov.my/acara
Sila klik pautan Lupa Kata Laluan di Log masuk.
Pengguna portal yang telah mendaftar dengan portal sebelum ini, perlu mengemaskini alamat Email dan Kata Laluan terlebih dahulu bagi tujuan Log Masuk.
Kompaun merupakan satu mekanisma penguatkuasaan yang dibenarkan oleh undang-undang di mana orang yang melakukan kesalahan ditawarkan untuk membayar satu jumlah wang sebagai ganti kepada pendakwaan di mahkamah.
Perbadanan Putrajaya telah diberi kuasa untuk mengeluarkan kompaun berdasarkan beberapa peruntukan undang-undang -
Sekiranya orang yang ditawarkan kompuan tidak membayar kompaun tersebut dalam tempoh yang ditetapkan, pendakwaan di mahkamah akan diteruskan.
Kadar kompaun yang ditawarkan adalah berbeza mengikut jenis kesalahan dan peruntukkan undang-undang. Kadar kompaun yang dikenakan bagi setiap kesalahan dibentuk berasaskan konsep iaitu The more you delay the more you pay. Sila rujuk jadual di bawah:
SEKSYEN | KESALAHAN PERTAMA | KESALAHAN KEDUA | KESALAHAN KETIGA | |||
| Individu | Syarikat | Individu | Syarikat | Individu | Syarikat |
69 | 200 | 400 | 300 | 600 | 500 | 1000 |
70 | 300 | 600 | 500 | 1000 | 750 | 1500 |
74 | 100 | 200 | 200 | 400 | 300 | 500 |
75 | 100 | 200 | 200 | 400 | 300 | 500 |
76 | 100 | 200 | 200 | 400 | 300 | 500 |
77 | 100 | 200 | 200 | 400 | 300 | 500 |
78 | 200 | 400 | 300 | 600 | 400 | 800 |
82 (5) | 200 | 300 | 300 | 400 | 400 | 500 |
95 | 300 | - | 400 | - | 500 | - |
97 | 1800 | 2000 | 2000 | - | 2500 | - |
107 (5) | 80 | 120 | 120 | 180 | 200 | 250 |
109 | 80 | 120 | 120 | 180 | 200 | 250 |
111 | 80 | 120 | 120 | 180 | 200 | 250 |
112 | 200 | 400 | 300 | 600 | 500 | 1000 |
140 (2)(a) | 200 | 400 | 400 | 800 | 600 | 1000 |
160 | 200 | 400 | 400 | 800 | 600 | 1000 |
161 | 300 | 600 | 500 | 800 | 750 | 1000 |
Mana-mana kesalahan di bawah mana-mana Undang-Undang Kecil yang diperbuat di bawah Akta | 100 | 300 | 200 | 500 | 300 | 800 |
SEKSYEN | JENIS KENDERAAN (kecuali Motosikal bawah 250cc.) | TEMPOH | |||||
| 1 - 15 hari | 16 - 30 hari | 31 -60 hari | ||||
Sek. 48 | Semua jenis kenderaan | 100 | 150 | 250 | |||
Sek. 110 | 100 | 150 | 250 | | |||
Sek. 79(2) Kaedah 12(1) | |||||||
Kaedah 12(2) Kaedah 12(3) Kaedah 12(4) | |||||||
Kaedah 16(1) | |||||||
Kaedah 16(2) | |||||||
- |
| | |||||
- | |||||||
- | |||||||
| |||||||
Kaedah 17B(3) | |||||||
Kaedah 17C (1) | |||||||
Kaedah 17C (2) | |||||||
| |||||||
Kaedah 44 | |||||||
| |||||||
- | Motosikal bawah 250cc. (semua jenis kesalahan) | 50 | 100 | 150 |
• Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974
Mana-mana kesalahan di bawah Akta dan kesalahan di bawah mana-mana Undang-Undang Kecil yang diperbuat di bawah Akta ini boleh dikompuan tidak melebihi lima puluh peratus daripada jumlah maksima denda yang mana kesalahan itu boleh dihukum.
Pembayaran kompaun boleh dilakukan dengan beberapa langkah -
Isnin – Khamis | 8.30 am – 4.45 pm |
Jumaat | 8.30 am – 12.00 tengahari |
| 3.00 pm – 4.45 pm |
* mesti dibuat atas nama PERBADANAN PUTRAJAYA |
Perbadanan Putrajaya,
Kompleks Perbadanan Putrajaya,
No 24 Persiaran Perdana,
Presint 3, 62675 Putrajaya.
Semua rayuan kompaun boleh dibuat melalui https://erayuan.ppj.gov.my. Rayuan kompaun adalah berasaskan konsep the more you delay the more you pay.
Maklumat lanjut boleh dihubungi:-
Bahagian : Seksyen Pendakwaan dan Litigasi
No. Telefon : 03-8000 8000 samb 7371/ 7610/ 7259/ 7499/ 7078
Emel : azura [at] ppj [dot] gov [dot] my
Perbadanan Putrajaya (PPj) atau Perbadanan Putrajaya (PjC) adalah pihak berkuasa tempatan yang mentadbir Wilayah Persekutuan Putrajaya. PPj adalah di bawah Kementerian Wilayah Persekutuan, dan bertanggungjawab untuk kesihatan dan sanitasi awam, penyingkiran dan pengurusan sisa, perancangan bandar, perlindungan alam sekitar dan kawalan bangunan, pembangunan sosial dan ekonomi, dan fungsi penyenggaraan umum infrastruktur bandar. Ibu pejabat utama PPj terletak di Precinct 3, Persiaran Perdana, Putrajaya.
Perbadanan Putrajaya juga merupakan pengendali perkhidmatan bas Nadi Putra, yang beroperasi di kawasan bandar Putrajaya, Cyberjaya, Kuala Lumpur dan sebahagian Lembah Klang Selatan.
Terdapat sebuah hospital kerajaan di Presint 7 dan sebuah klinik kesihatan kerajaan di Presint 9. Terdapat sebuah klinik kerajaan dalam proses pembangunan di Presint 18 dan tiga (3) lagi tapak yang telah ditetapkan untuk klinik kerajaan di Presint 6, 12 dan 19. Terdapat Klinik-klinik swasta yang beroperasi di pusat-pusat kejiranan di Presint 1 (berhampiran kompleks membeli-belah Alamanda), 3, 8, 9, dan Presint Diplomatik. Walau bagaimanapun, pada masa kini masih tiada hospital swasta yang beroperasi di Putrajaya.