Inisiatif Kesihatan Persekitaran
Program Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya
PROGRAM SUNTIKAN TYPHOID PERBADANAN PUTRAJAYA
Program Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya diadakan dengan objektif seperti berikut:
- Memberi kemudahan dan sumber bagi perkhidmatan suntikan Typhoid kepada semua pengendali makanan di Putrajaya.
 - Mewujudkan jalinan kerjasama strategik diantara PPj dan panel klinik PPj dalam memberikan perkhidmatan suntikan Typhoid yang telus dan sistematik kepada pengendali makanan di Kawasan Putrajaya dan sekitar.
 
PELAKSANAAN PROGRAM
- Program Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya akan diadakan berdasarkan acara dan perancangan Jabatan dan akan dihebahkan dari masa ke semasa di semua media sosial PPj.
 - Kadar bayaran dikenakan adalah sebanyak RM65.00 seorang (Tertakluk kepada perubahan terkini oleh PPj).
 - Setiap pakej merangkumi Suntikan Typhoid dan Kad Ekslusif Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya.
 
 