INFO KORPORAT
Perbadanan Putrajaya
PENGENALAN
Perbadanan Putrajaya ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536] yang berkuatkuasa mulai 1 Mac 1996.
Tujuan penubuhan Perbadanan Putrajaya adalah untuk mentadbir dan mengurus Wilayah Persekutuan Putrajaya.
VISI
Putrajaya Bandaraya Pentadbiran Mampan Bertaraf Dunia
MISI
Menerajui Pengurusan dan Pembangunan Perbandaran Melalui Tadbir Urus Dinamik dan Berinovasi
NILAI-NILAI BERSAMA
1) Kami prihatin kepada komuniti dan alam sekitar
2) Kami mengutamakan pelanggan dan komited untuk menyediakan penyampaian perkhidmatan yang berkualiti
3) Kami melaksanakan tugas secara telus tanpa bercanggah dengan undang-undang dan peraturan
FUNGSI
Fungsi-fungsi Perbadanan Putrajaya sebagaimana yang dinyatakan dalam Seksyen 4 Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536], ialah:
a) Melaksanakan segala fungsi kerajaan tempatan di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya;
b) Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya;
c) Memajukan, menggalakkan, memudahkan dan mengusahakan pembangunan komersial, pembangunan infrastruktur serta juga pembangunan tempat tinggal di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya; dan
d) Mengawal dan menyelaraskan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang disebut dalam perenggan (b) dan (c) di dalam Wilayah Persekutuan Putrajaya.
PUNCA KUASA
Perbadanan Putrajaya menjalankan fungsi-fungsinya dengan berlandaskan kepada peruntukan undang-undang seperti berikut:
1) Akta Perbadanan Putrajaya 1995 [Akta 536]
2) Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171]
3) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172]
4) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 [Akta 133]
5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 [Akta 333]
6) Akta Perlembagaan (Pindaan) 2001 [Akta A1095]
7) Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 [Akta 127]
8) Akta Bangunan dan Harta Bersama (Penyelenggaraan dan Pengurusan) 2007 [Akta 663]
9) Akta Pengurusan Strata 2013 [Akta 757]