• Sistem Kompaun

    Kini anda boleh menyemak dan membayar kompaun atau saman anda pada bila-bila masa, 24 jam sehari, 7 hari seminggu.

    1) Semakan Kompaun

         Pengguna yang berdaftar boleh Login dan membuat semakan dalam talian menggunakan:

    • No. Kad Pengenalan
    • No. Kenderaan
    • No. Kompaun
    • No. Pasport
    • No. Pendaftaran Perniagaan
    • No. Saman

    2) Bayaran Kompaun

        Sekiranya anda ingin membuat bayaran kompaun secara dalam talian, anda perlu mendaftar terlebih dahulu.

    • Jika anda telah mendaftar, sila Login.

    Cara Membuat Rayuan Atau Pembayaran Kompaun/Saman

    (A) Rayuan kompaun:

    • Sila Login terlebih dahulu.
    • Pilih menu Kompaun.
    • Klik Carian Kompaun.
    • Buat carian menggunakan No. Kad Pengenalan, No. Kenderaan, No. Kompaun, No. Pasport, No. Pendaftaran Perniagaan atau No. Saman.
    • Masukkan maklumat carian dan klik Carian.
    • Pada paparan keputusan carian, pilih kompaun atau saman yang hendak dirayu, kemudian klik Rayuan.
    • Masukkan alasan rayuan dan klik Hantar.
    • Keputusan rayuan boleh disemak dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh rayuan dikemukakan.

    (B) Pembayaran kompaun:

          1) Melalui Sistem Kompaun

    • Sila Login terlebih dahulu.
    • Pilih menu Kompaun.
    • Klik Senarai Kompaun.
    • Buat carian menggunakan No. Kad Pengenalan, No. Kenderaan, No. Kompaun, No. Pasport, No. Pendaftaran Perniagaan atau No. Saman.
    • Masukkan maklumat carian dan klik Carian.
    • Pada paparan keputusan carian, pilih kompaun atau saman yang hendak dibayar dan klik Bayaran.
    • Pembayaran boleh dibuat melalui perkhidmatan FPX.

         2) Bayaran di Kaunter

    • Bayaran boleh dibuat di Kaunter Bayaran, Pusat Khidmat Pelanggan Perbadanan Putrajaya.

         3) Pembayaran Secara Dalam Talian  

             a) Maybank2u (1 transaksi bagi setiap kompaun/saman)

    • Pay Bills
    • New Payment – Pay Bills
    • Cari - PERBADANAN PUTRAJAYA COMPOUND
    • Ref 1 : No. Kompaun / No. Saman
    • Ref 2 : No. Telefon
    • Masukkan kadar bayaran kompaun/saman.
    • Tekan Bayar dan simpan resit bayaran tersebut. 

             b) CIMB (1 transaksi bagi setiap kompaun/saman)

    • Pay Bil
    • Pay To - PERBADANAN PUTRAJAYA LAIN-LAIN BAYARAN
    • Event : No. Kompaun / No. Saman
    • REF 2 : No. Telefon
    • Masukkan kadar bayaran kompaun/saman.
    • Tekan ‘Bayar’ dan simpan resit bayaran tersebut.