• Program Suntikan Tifoid Perbadanan Putrajaya

    PROGRAM SUNTIKAN TIFOID PERBADANAN PUTRAJAYA

    Program Suntikan Tifoid Perbadanan Putrajaya dilaksanakan bagi mencapai objektif berikut:

    • Memberikan kemudahan perkhidmatan suntikan Tifoid kepada semua pengendali makanan di Putrajaya.
    • Mewujudkan kerjasama strategik antara Perbadanan Putrajaya (PPj) dan panel klinik PPj dalam menyediakan perkhidmatan suntikan Tifoid yang lebih telus, sistematik dan efisien kepada pengendali makanan di Putrajaya dan kawasan sekitarnya.
    • Membantu memastikan pengendali makanan sentiasa mematuhi keperluan kesihatan dan keselamatan makanan demi kesejahteraan pengguna.


    PELAKSANAAN PROGRAM

    Program Suntikan Tifoid Perbadanan Putrajaya telah dilaksanakan bermula tahun 2023 dan diadakan mengikut acara serta perancangan jabatan. Hebahan program akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua platform media sosial rasmi PPj.

    Kadar bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM65.00 seorang (tertakluk kepada perubahan semasa oleh PPj).

    Bayaran tersebut merangkumi:

    • Suntikan Typhoid
    • Kad Eksklusif Suntikan Tifoid Perbadanan Putrajaya

    Walau bagaimanapun, pengendali makanan yang ingin mendapatkan suntikan Tifoid secara walk-in boleh menghubungi Unit Kawalan Keselamatan Makanan dan Kualiti Air di talian 019-6710199 bagi tujuan pertanyaan dan tempahan janji temu.


    PERINGATAN KEPADA PENGENDALI MAKANAN

    Semua pengendali makanan disarankan untuk memastikan suntikan Tifoid sentiasa sah dan masih dalam tempoh yang ditetapkan bagi menjamin keselamatan penyediaan makanan serta mengelakkan sebarang tindakan penguatkuasaan.