Inisiatif Kesihatan Persekitaran
Program Kad Pengendali Makanan Perbadanan Putrajaya
KAD PENGENDALI MAKANAN PERBADANAN PUTRAJAYA
Setiap pengendali makanan yang bekerja di premis-premis makanan di Wilayah Persekutuan Putrajaya perlu memiliki dua (2) jenis kad pengendali makanan seperti berikut:
- Kad Latihan Pengendali Makanan Perbadanan Putrajaya
 - Kad Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya
 
Kad Latihan Pengendali Makanan Perbadanan Putrajaya dan Kad Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya adalah dokumen identiti rasmi semua pengendali makanan yang berkerja di premis-premis makanan di WP Putrajaya.
Kad ini adalah diwajibkan keatas semua pengendali makanan bagi pembuktian kehadiran ke Latihan Pengendali Makanan serta telah mendapatkan suntikan Typhoid selaras dengan kehendak Undang-Undang Kecil Pelesenan (WP Putrajaya) 2016.
OBJEKTIF UTAMA PENGENALAN KAD
- Mewujudkan keseragaman Kad Latihan Pengendali Makanan dan Kad Suntikan Typhoid bagi semua pengendali makanan di Putrajaya
 - Mengelakkan pemalsuan dokumen oleh pengendali makanan (Kad Latihan Pengendali Makanan dan Suntikan Typhoid)
 - Memudahkan pengesahan dan pemeriksaan bagi kriteria Latihan pengendali makanan dan Suntikan Typhoid oleh pegawai pemeriksa Perbadanan Putrajaya
 - Identiti khusus pengendali makanan di Putrajaya
 
KETERANGAN PERMOHONAN KAD PENGENDALI MAKANAN
Kadar Bayaran yang dikenakan untuk setiap permohonan adalah RM20.00 bagi setiap kad
- Permohonan kad pengendali makanan ppj boleh dibuat di pautan ini.
 - Tempoh proses bagi kad Latihan Pengendali Makanan Perbadanan Putrajaya dan Kad Suntikan Typhoid Perbadanan Putrajaya adalah selama hari daripada tarikh penerimaan borang dan dokumen yang lengkap.
 - Tempoh Sah Laku Kad Latihan Pengendalian Makanan adalah selama 5 (lima) tahun daripada tarikh kehadiran Latihan Pengendali Makanan.
 - Tempoh Sah Laku Kad Suntikan Typhoid adalah selama 3 (tiga) tahun daripada tarikh Suntikan Typhoid daripada klinik kerajaan/swasta.
 
 