• Tasik dan Wetland


    tasik


    PENGURUSAN EKOHIDROLOGI TASIK DAN WETLAND PUTRAJAYA

    Putrajaya, sebuah Bandar dalam Taman yang menginspirasikan alam, menghasilkan Tasik Putrajaya yang indah sebagai landskap dominan. Tasik ini direka khas dan dibangunkan untuk digunakan bagi aktiviti sukan air dan rekreasi serta tarikan pelancong.  Oleh itu, kualiti air tasik yang tinggi adalah faktor penting untuk menjayakan visi dan penyelesaiannya adalah dengan pembinaan Wetland Putrajaya. Pembinaan Wetland menyerlahkan pembangunan yang mampan di mana ekosistem unik dalam kawasan bandar sebagai rawatan air larian permukaan. Di samping itu, wetland membantu dalam tebatan banjir, berfungsi sebagai tempat pembiakan, nurseri dan habitat kepada pelbagai flora dan fauna, juga mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk penduduk untuk menginap, bekerja dan bermain. Ini hanya boleh dilakukan melalui usaha perancangan strategik dalam melaksanakan konsep pengurusan ekohidrologi dalam menguruskan Kawasan tadahan Tasik dan Wetland Putrajaya secara bersepadu.