• Peraturan, Penguatkuasaan dan Kawalan


    Peraturan-peraturan rasmi adalah diperlukan untuk membolehkan Perbadanan mempunyai kawalan yang berkesan ke atas tasik bagi menyelenggaranya ke tahap yang memuaskan.  Tujuan peraturan, kawalan dan penguatkuasaan tersebut adalah untuk memastikan objektif pengurusan di atas boleh dicapai dengan cara yang sistematik dan teratur

     
    Panduan-panduan seperti Panduan Pengurusan Tasik, Plan Induk Kegunaan Tasik Putrajaya, Panduan Pengurusan Persekitaran, Panduan Pengurusan Kawasan Takungan dan lain-lain yang berkaitan dengan keseluruhan pengurusan tasik dan wetland, telah dibangunkan dan diperkenalkan oleh pengurusan Perbadanan Putrajaya yang meliputi skop perhatian yang luas.

     
    Aktiviti yang mungkin menjejaskan kualiti dan integriti tasik dan wetland, kemudahan umum di taman dan kawasan terbuka, jiran kediaman dan kawasan institusi kerajaan adalah tidak dibenarkan di kawasan tasik dan wetland. Begitu juga dengan aktiviti yang menyebabkan kerosakan kepada tebing (contohnya, disebabkan ombak dari laluan bot yang besar dan laju) dan kualiti air keseluruhan adalah tidak dibenarkan.

     
    Peraturan-peraturan ini memberikan kawalan kepada semua aktiviti yang dijangka berlaku di tasik dan wetland.  Beberapa panduan pengguna seperti Panduan untuk Melesenkan Bot Santai Bermotor, Panduan bagi Melesenkan Penangkapan Ikan dan Kod Untuk Latihan Bot akan ditebitkan untuk kegunaan umum. Panduan untuk Pendaftaran Bot Santai Tidak bermotor dan panduan untuk aktiviti yang memerlukan permit dan kelulusan, seperti memancing ikan juga diterbitkan untuk kegunaan umum. Panduan pengguna ini adalah bermaksud untuk menambah peraturan sedia ada dan membantu pengguna dalam menjalankan aktiviti di dalam linkungan yang dibenarkan undang-undang.


    PERUNTUKAN UNDANG-UNDANG / PERATURAN ALAM SEKITAR TASIK & WETLAND

    1. Akta Perbadanan Putrajaya 1995 - Peraturan-Peraturan Wilayah Persekutuan Putrajaya (Perlesenan dan Pendaftaran Aktiviti di Tasik) 2004.
    2. Akta Kerajaan Tempatan 1976
      1. Seksyen 69 dan Seksyen 70
      2. Undang-Undang Kecil Pengawalan Aktiviti  Tasik (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2004.
      3. Undang-undang Kecil Taman (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2004;
      4. Undang-undang Kecil Pelesenan Petempatan Makanan (Wilayah Persekutuan Putrajaya) 2016
    3. Putrajaya Lake Use and Navigation Master Plan and Lake & Wetland  Emergency Response Plan – Final Report (2nd Revision) August 2001.

    GARIS PANDUAN

    1. Putrajaya Lake Management Guide, 1998
    2. Putrajaya Stormwater Management Design Guidelines, August 1998
    3. Catchment Development and Management Plan for Putrajaya Lake, 2000
      1. Putrajaya Lake Catchment Fertilizer Use Guideline
      2. Putrajaya Lake Catchment Pesticide Use Guideline
    4. Formulation of Regulations and Guidelines for The Control of Activities and Use of The Lake and Other Water Bodies in Putrajaya, Februari 2000
    5. Environmental Management Guide (EMG) 2015
    6. Syarat-Syarat Kelulusan Penilaian Kesan Ke Atas Alam Sekitar (E.I.A), Putrajaya, 1996;
    7. Manual Saliran Mesra Alam (MaSMA)
    8. Manual Penguatkuasaan Perbadanan Putrajaya