Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK)
Pusat Pembelajaran Kejiranan (PPK)
KONSEP
- PPK adalah salah satu kemudahan awam yang disediakan di Putrajaya bertujuan memberikan khidmat sokongan bagi mewujudkan masyarakat berilmu dan bermaklumat di Putrajaya
- PPK berkonsepkan sebuah tempat pertemuan dan interaksi sosial bagi komuniti selain sebagai pusat pencarian maklumat dan pembelajaran.
OBJEKTIF
- Untuk menggalakkan proses pencarian maklumat dan pembelajaran melalui penyediaan bahan-bahan bacaan dan multimedia.
- Untuk menggalakkan perkembangan kreativiti individu terutama kanak-kanak dan remaja melalui aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
- Untuk menjadi tuan rumah kepada program-program pendidikan komuniti seperti seminar, diskusi, dan pameran.
Klik sini untuk ke laman web PPK.