PRoSE
Informasi PRoSE
Program Pendidikan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Putrajaya atau Putrajaya Road Safety Education, PRoSE diwujudkan di bawah Bahagian Penguat Kuasa, Perbadanan Putrajaya berfungsi untuk melaksanakan program dan aktiviti yang bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan kesedaran masyarakat Putrajaya berhubung kepentingan mematuhi peraturan keselamatan jalan raya bagi mewujudkan suasana jalan raya yang selamat di Putrajaya.
Matlamat penubuhan PRoSe ini juga selaras dengan hasrat untuk mensasarkan Sifar Kemalangan Maut melibatkan warga Putrajaya yag ditetapkan dalam Program Bandar selamat Putrajaya.
VISI
Sifar Kemalangan Maut melibatkan warga Putrajaya di Jalan Raya di Putrajaya.
MISI
Melaksanakan Program/aktiviti bersepadu melibatkan komuniti di Putrajaya bagi mencapai visi yang ditetapkan.
OBJEKTIF
1)Menggiatkan Budaya Berhemah di Jalan Raya di kalangan masyarakat di Putrajaya.
2)Meningkatkan Kesedaran Keselamatan Jalan Raya Secara lebih berkesan dan praktikal.
3)Membentuk “Self Regulated Community” dalam menangani isu keselamatan jalan Raya.
4)Membentuk Komuniti Putrajaya yang diteladani.
Fokus Pelaksanaan