• FA6 & SDG11,12,13

    Perbadanan Putrajaya telah melancarkan satu inisiatif Bandar Hijau yang baru iaitu Bank PolyAl di bawah projek CAREton@Putrajaya pada 16 Mac 2023.

    Di bawah inisiatif Bank PolyAl, setiap 67kg kotak air minuman terpakai (UBC) yang terkumpul di Putrajaya, rakan strategik projek CAREton@Putrajaya iaitu syarikat Tetra Pak Malaysia dan Nestle Milo UHT akan menaja satu keping papan polyAluminium (PolyAl).  Papan PolyAl merupakan sejenis bahan teknologi hijau yang dihasilkan daripada UBC) dan boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk seperti struktur rumah, kiosk, gerai, perabot, pasu, papan tanda dan sebagainya. 

    Sumbangan papan polyAl yang terkumpul dalam Bank PolyAl Putrajaya akan dibuka peluang kepada institusi/ pertubuhan/ persatuan/ sekolah di Putrajaya untuk memohon papan PolyAl bagi kegunaan projek yang dapat memberi manfaat kepada komuniti setempat.

    Lawatan Tapak : Kebun Komuniti 4, 15 Jun 2023 

     Kebun Komuniti 4 telah membuat permohonan dan menggunakan papan polyal untuk menghasilkan produk seperti kerusi, rak barangan, singki, pintu almari dan tempat letak pasu bunga.