Perbadanan Putrajaya bersama-sama rakan strategik Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) telah menganjurkan Kempen Pengurusan Tenaga Putrajaya 2022 pada 13 April 2022 (Rabu) secara langsung di Facebook Perbadanan Putrajaya. Kempen ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta meningkatkan kesedaran di kalangan warga kerja dan komuniti di Putrajaya berkenaan pengurusan tenaga di pejabat dan juga di rumah.
2 taklimat telah dibentangkan, iaitu:
- Kecekapan Tenaga - Apakah Sumbangan Kita di Rumah dan Pejabat ke arah Kelestarian Alam Sekitar oleh Encik Muhd Muhtazam Bin Noor Din, Head of Sustainable Communities, Malaysian Green Technology And Climate Change Corporation.
- Benefit of Smart Meter towards Smart Energy User oleh Encik Fadhli Bin Abdullah, Head Customer, Advanced Metering Infrastructure, Distribution Network, Tenaga Nasional Berhad.