• Objektif utama kempen promosi CAREton@Putrajaya 2022 adalah untuk mengurangkan sisa pepejal khasnya kotak air minuman terpakai (UBC) yang dihantarkan ke tapak pelupusan sisa pepejal dan pada masa yang sama menyokong sasaran kadar pengumpulan kitar semula tahunan di Putrajaya iaitu 3% peningkatan.  Sebanyak tiga siri kempen telah dianjurkan sepanjang tahun 2022, di lokasi yang berbeza-beza.  Anjuran kempen ini adalah bersama rakan strategik iaitu syarikat Tetra Pak Malaysia dan Nestle Malaysia.

    Aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan adalah seperti pameran berkenaan projek CAREton, pameran pelbagai jenis produk kitar semula daripada UBC, dan pengumpulan kotak air minuman terpakai (UBC) berinsentif.  Pengunjung yang membawa minimum 20 kotak UBC tanpa mengira jenama dan saiz telah menerima insentif seperti baucar KFC, minuman MILO Nutri Pluz dan buku nota.

    Kempen Siri 1: Sudut Lestari, Kompleks Perbadanan Putrajaya, 22 Februari 2022. [https://www.facebook.com/group...]

    Hasil Kutipan UBC :

    Siri 1 (22 Februari 2022) :840 UBC