Sisa pukal merupakan sejenis sisa pepejal yang bersaiz besar dan memerlukan ruang simpanan rumah sampah yang lebih luas supaya tidak menjejaskan imej bandar serta menjaga kebersihan persekitaran kediaman. Antara contoh sisa pukal adalah seperti perabot dan perkakas elektrik yang tidak lagi digunakan. Untuk menangani isu penyimpanan sisa pukal, Perbadanan Putrajaya telah melaksanakan beberapa projek perintis penambahbaikan rumah sampah sedia ada menggunakan bahan papan polyAl.
Sebanyak 5 lokasi kuarters telah dipilih bagi projek perintis penambahbaikan ruang sisa pukal iaitu: