FA6 & SDG11,12,13
Kempen Promosi CAREton@Putrajaya diteruskan lagi pada tahun 2023 dengan kerjasama rakan strategik iaitu syarikat Tetra Pak Malaysia dan Nestle Malaysia.
Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan seperti :
i) Pameran dan sudut infomasi CAREton@Putrajaya.
ii) Permainan CAREton.
iii) Pengumpulan air kotak minuman terpakai berinsentif.
Pengunjung yang membawa minimum 20 kotak UBC tanpa mengira jenama dan saiz telah menerima insentif seperti baucar KFC, minuman MILO Nutri Pluz, bekas tisu MILO dan buku nota.
Kempen Siri 1: Pusat Kitar Semula Presint 9, 25 Februari 2023.
[https://www.facebook.com/groups/PutrajayaBandarHijau/permalink/756206289066687/]
Hasil Kutipan UBC :
Siri 1 (25 Februari 2023) :4297 UBC