• FA1 & SDG 7,11,13

    https://www.facebook.com/groups/PutrajayaBandarHijau/permalink/798381661515816/

    Siri 2 Klinik Pengurusan Tenaga diteruskan dengan memberi khidmat nasihat pengurusan tenaga bangunan dan 'walk through audit' dibangunan KK Super Mart, Presint 15.

    Pihak PPj, TNB dan TNBES telah menjalakan tinjauan di sekitar bangunan bagi mengenalpasti cara pengoperasian bangunan dan tahap kecekapan penggunaan tenaga.

    Taklimat ringkas berkenaan Klinik Pengurusan Tenaga dan tren penggunaan tenaga & air telah disampaikan oleh wakil Perbadanan.  Pihak TNB & TNBES juga telah mengemukakan hasil tinjauan dan beberapa cadangan penambahbaikan penggunaan tenaga di bangunan tersebut.