• FA1 & SDG 7,11,13

    Tarikh  30 April 2024 

    Masa   9:30 Pagi – 12:30 Tengah hari

    Lokasi  Pangsapuri PPAM Pudina, Presint 17

    Klinik Pengurusan Tenaga Siri 2 diteruskan dengan memberi khidmat nasihat pengurusan tenaga bangunan dan 'walk through audit' dibangunan Pangsapuri PPAM Pudina, Presint 17.

    Pihak PPj dan TNB telah menjalankan tinjauan di sekitar bangunan bagi mengenalpasti cara pengoperasian bangunan dan tahap kecekapan penggunaan tenaga.

    Taklimat ringkas berkenaan Klinik Pengurusan Tenaga dan tren penggunaan tenaga & air telah disampaikan oleh wakil Perbadanan.  Pihak TNB juga telah mengemukakan hasil tinjauan dan beberapa cadangan penambahbaikan penggunaan tenaga di bangunan tersebut.