FA1 & SDG 7,11,13
https://www.facebook.com/share/p/1G3ZTxj4ou/
Tarikh : 15 Mei 2025
Masa : 9:30 Pagi – 12:30 Pagi
Lokasi : Kuarters Kerajaan 5R6, Presint 6
Insentif bagi premis swasta dan bangunan strata yang telah menyertai program Building Energy Use & Carbon Reporting (BECO2R) diteruskan lagi pada tahun ini bersama rakan strategik iaitu Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Khidmat nasihat pengurusan tenaga bangunan & 'walk through audit' secara percuma telah disediakan untuk membantu menurunkan penggunaan tenaga dan kos utiliti bangunan peserta BECO2R.
Klinik Pengurusan Tenaga bagi Kuarters Kerajaan 5R6, Preisnt 6 dimulakan dengan taklimat pengenalan bangunan, soal selidik profil bangunan dan penerangan tren penggunaan tenaga dan air.
Sesi klinik diteruskan dengan mengadakan lawatan sekitar bangunan untuk melihat cara pengoperasian bangunan serta beberapa cadangan akan diberikan oleh pihak Perbadanan dan SEDA.