• FA1 & SDG 7,11,13

    https://www.facebook.com/share/p/1G3ZTxj4ou/

    Tarikh 15 Mei 2025 

    Masa 2:30 Petang – 4:30 Petang 

    Lokasi Kuarters Fasa 1C, Presint 16

    Klinik Pengurusan Tenaga bagi Siri 2 diteruskan dengan memberi khidmat nasihat pengurusan tenaga bangunan dan 'walk through audit' dibangunan Kuarters Fasa 1C, Presint 16.

    Pihak PPj dan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia Malaysia telah menjalankan tinjauan di sekitar bangunan bagi mengenalpasti cara pengoperasian bangunan dan tahap kecekapan penggunaan tenaga.

    Taklimat ringkas berkenaan Klinik Pengurusan Tenaga dan tren penggunaan tenaga & air telah disampaikan oleh wakil Perbadanan.  Pihak SEDA Malaysia juga telah mengemukakan hasil tinjauan dan beberapa cadangan penambahbaikan penggunaan tenaga di bangunan tersebut.