• FA2 & SDG 11,13,15

    https://www.facebook.com/group...  

    Tempoh :  31 Ogos hingga 31 Disember 2023

    Objektif :  Untuk memberi pendedahan dan manfaat kepada lebih ramai penduduk serta    pengunjung Putrajaya tentang kepentingan pemeliharaan serta perkongsian   maklumat biodiversiti bandar khususnya flora dan fauna di Putrajaya.

    Rakan Strategik : i)   Kementerian Sumbe Asli dan Kelestarian Alam (NRES).

                                  ii)  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN).

                                  iii)  Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

    Putrajaya Urban Biodiversity Challenge 2023 Siri 2 (PUBC2.0) merupakan program lanjutan daripada anjuran kali pertama pada tahun 2023, di bawah inisiatif dan inovasi Bandar Hijau Putrajaya. Majlis Penyampaian Hadiah Putrajaya Urban Biodiversity Challenge 2023 Siri 2 (PUBC 2.0) telah berlangsung di Bilik Anggerik, Kompleks Perbadanan Putrajaya yang disempurnakan oleh YBrs. Encik Shamsul Bahrin bin Rahmat, Naib Presiden, Jabatan Perancangan Bandar.

    Seramai 34 peserta telah menyertai PUBC 2.0 dan hanya 15 peserta telah terpilih sebagai pemenang. Pemenang telah menerima hadiah berupa sijil, wang tunai dan hadiah iringan.