2024
FA6 & SDG 11,12,13
Tarikh : 19 hingga 22 September 2024 (Khamis - Ahad)
Masa : 9:00 pagi - 6:00 petang
Lokasi : Kompleks Futsal, Presint 18, Putrajaya
Pameran telah diadakan sempena Karnival Komuniti dan Pesta Air Putrajaya 2024. Terdapat pelbagai pengisian aktiviti seperti pameran CAREton@Putrajaya, sudut informasi CAREton@Putrajaya, produk UBC dan papan PolyAl disediakan. Selain itu, peserta dapat mencuba aktiviti interaktif seperti memory game challenge, kuiz bandar hijau dan puzzle game serta berpeluang memenangi air kotak milo UHT 200ml atau kotak cereal 170g dengan hanya sertai facebook Bandar Hijau Putrajaya sebagai tiket pemainan.
Di samping itu, kempen Pengumpulan Air Kotak Minuman Terpakai (UBC) Berinsentif turut diadakan pada 21 & 22 September 2024 (Sabtu & Ahad). Pengunjung yang membawa minimum 20 UBC tanpa mengira jenama dan saiz akan diberikan insentif seperti baucar Speedmart 99 RM5 dan kotak cereal 170g. Sebanyak 2,585 UBC telah terkumpul sepanjang pameran ini.