• FA 1 & SDG7,11 & 13

    https://www.facebook.com/group...

    Taklimat Program Pelaporan Penggunaan Tenaga dan Pelepasan Karbon bagi Sektor Bangunan (BECO2R) telah dilaksanakan pada 17 Januari 2023 di Kompleks Perbadanan Putrajaya. Taklimat ini bertujuan memberi penerangan berkenaan program BECO2R dan menawarkan peluang penyertaan khususnya pihak swasta di Putrajaya.

    Tujuan Program BECO2adalah:

    • untuk mengurangkan penggunaan tenaga dan tahap pelepasan karbon daripada bangunan-bangunan sedia ada di Putrajaya.
    • membantu meningkatkan kemahiran pemilik/ pengurus bangunan swasta dalam aspek pemantauan dan pengurusan bangunan di peringkat operasi.

    Pelepasan karbon daripada sektor bangunan pada 2021 adalah sebanyak 48%. Daripada jumlah tersebut, sebanyak 16% pelepasan daripada bangunan kediaman; 84% daripada bangunan bukan kediaman (bangunan kerajaan, komersial, kemudahan awam dan utiliti).  Justeru, penglibatan premis bukan kediaman adalah penting dalam mengurangkan pelepasan karbon sektor bangunan.

    Seramai 15 orang peserta telah hadir ke taklimat ini dengan melibatkan pelbagai pihak swasta antaranya Secret Recipe, KK Super Mart & Superstore, Caltex, Petronas Petrol Station, 99 Speedmart dan Pengurus Fasiliti bangunan-bangunan kerajaan di Putrajaya.


    Komponen Program BECO2R adalah seperti di bawah: