Memberi khidmat kesetiausahaan kepada Anggota Perbadanan Putrajaya termasuk menyediakan dan menyemak kertas-kertas mesyuarat yang akan dibentangkan dalam Mesyuarat Anggota Perbadanan Putrajaya;
Memberi nasihat undang-undang berkenaan perkara yang dirujuk oleh Perbadanan Putrajaya dan perkara yang berkaitan anak-anak syarikat milik Perbadanan Putrajaya;
Membuat penyelidikan undang-undang;
Mengkaji, menyemak dan mendraf dokumen undang-undang bagi memastikan kepentingan Perbadanan Putrajaya dilindungi (seperti dokumen perjanjian, memorandum persefahaman, Tender, Request for Proposal (RFP) dan sebut harga);
Menggubal rang undang-undang prinsipal dan undang-undang subsidiari;
Meminda dan mengubah suai undang-undang sedia ada;
Menyediakan kes dan menjalankan pendakwaan di mahkamah;
Mengendalikan rayuan kompaun; dan
Menyelaras pengendalian kes guaman sivil di mahkamah dan timbang tara.