Menyediakan Pelan Strategik Perbadanan Putrajaya dan memantau pencapaian pelan berkenaan;
Mengurus pencapaian KPI Presiden dan KPI Kementerian Wilayah Persekutuan;
Mengurus pelaksanaan Sistem Penarafan Bintang PBT;
Mengurus dan melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015;
Menyelaras program inovasi Perbadanan Putrajaya;
Merancang dan menyediakan dasar serta prosedur perjawatan dan pengurusan sumber manusia Perbadanan Putrajaya;
Merancang dan melaksanakan kemajuan kerjaya dan pembangunan sumber manusia Perbadanan Putrajaya;
Merancang dan melaksanakan pengambilan, penempatan, pertukaran pegawai, kenaikan pangkat dan penamatan pegawai Perbadanan Putrajaya;
Menguruskan maklumat perkhidmatan, emolumen, saraan, faedah, ganjaran serta kebajikan pegawai Perbadanan Putrajaya;
Pembangunan Pelan Strategik ICT Perbadanan Putrajaya dan memantau pencapaian pelaksanaan Pelan Pembangunan Inisiatif ICT;
Mereka bentuk, membangun dan menyelenggara sistem-sistem atau aplikasi mengikut fungsi-fungsi utama Perbadanan Putrajaya sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT);
Pengurusan Keselamatan ICT iaitu perkhidmatan Backup/Data Recovery Center (DRC) di Presint 14, Firewall, Intruder Detection System, Anti-virus, ISO 27001:2013 (ISMS) serta Dasar Keselamatan ICT;
Menguruskan Perhubungan Awam dan Media;
Menguruskan dan menganjurkan majlis dan acara rasmi;
Menguruskan lawatan dan aktiviti penggambaran;
Menguruskan promosi pelancongan dan publisiti berkaitan dengan Putrajaya.
Menguruskan aduan dan khidmat pelanggan;
Menguruskan kombo Perbadanan Putrajaya dan pelbagai program-program kesenian dan kebudayaan;
Mengurus hal-ehwal pengurusan Kompleks Perbadanan Putrajaya, Kompleks Pejabat Kedutaan Presint 15 dan Pangsapuri Perbadanan Putrajaya Presint 11 yang merangkumi aspek kebersihan, keceriaan, keselamatan dan penyelenggaraan;
Merancang, mengurus dan mengawal selia pelbagai aktiviti yang meliputi pentadbiran am, aset, prasarana, perkhidmatan keselamatan dan kenderaan pejabat;
Mengurus hal-ehwal kenderaan dan pengangkutan merangkumi aspek perolehan, tempahan, penggunaan dan penyelenggaraan kenderaan pejabat, pembaharuan cukai jalan serta pengeluaran waran penerbangan;
Merancang, mengurus, mereka bentuk, memudah cara dan memantau serta menilai inisiatif dan teknologi smart city yang diaplikasikan di dalam kawasan Wilayah Persekutuan Putrajaya berdasarkan Blueprint Smart Putrajaya.