Perancangan dan pembangunan taman-taman awam dan rekreasi di Putrajaya;
Pengurusan dan penyelenggaraan landskap di kediaman rasmi Kompleks Seri Perdana, Sri Satria, kediaman rasmi Presiden, Kompleks JPM, Puspanitapuri, sepuluh (10) buah taman awam, sepuluh Presint Kejiranan dan Presint Diplomatik, 4.2 km Persiaran Perdana (Boulevard), 38 km Sisiran Putrajaya (Promenad), 68 km Jalan Protokol, lebih 600,000 pokok-pokok ameniti serta kawasan-kawasan landskap, sukan dan rekreasi;
Pengoperasian program dan aktiviti taman-taman dari sudut pendidikan dan interpretif serta sewaan tapak dan perkhidmatan taman-taman dan kawasan landskap;
Pengurusan botani selaku Mother of All Gardens berobjektifkan konservasi, koleksi herbarium, pendidikan dan rekreasi yang menjadi sumber rujukan taman-taman lain;
Perancangan dan kawalan landskap – Kelulusan Landskap (eSKL), Kelulusan Pemasangan Pagar, Perakuan Siap Dan Pematuhan (CCC), Kelulusan Pengalihan dan Penebangan Pokok serta Kelulusan Penggunaan Kawasan Lapang;
Penganjuran Floria Di Raja Putrajaya;
Perkhidmatan hortikultur dan hiasan florikultur; dan