Taman Warisan Pertanian
Ciri-ciri Taman
- Terletak di Presint 16, Putrajaya.
- Taman ini berkeluasan 35 ekar yang merangkumi tiga (3) Bahagian Utama iaitu Penanggah, Dusun dan Plot Getah.
- Taman ini menempatkan koleksi pelbagai jenis buah-buahan dan tanaman pertanian seperti:
i) Buah-buahan bermusim – Durian, Longan, Jambu Madu, Manggis
ii) Buah-buahan tidak bermusim – Ciku, Cempedak, Nangka
iii) Buah Nadir – Buah Rokam, Mentega, Nam-nam, Kuini
iv) Herba dan Rempah ratus – Sambung Nyawa, Ganda Rusa, Mas Cotek, Tongkat Ali, Kemangi dan pelbagai lagi.
- Plot Getah
- Tanaman Industri – Lada Hitam, Kopi, Padi, Kelapa Sawit
- Penternakan Ikan Air Tawar – Talapia, Lampam, Rohu, Pacu dan pelbagai lagi.
- Terdapat bangsal memproses getah keping – Tempat dimana pelawat boleh melihat demonstrasi menoreh, memungut lateks, memproses lateks menjadi kepingan getah dan memasukkan getah ke dalam rumah asap bagi dijadikan getah keping.