• Destinasi Makanan & Membeli Belah


    Alamanda Putrajaya

    Alamanda Putrajaya merupakan pusat membeli-belah yang pertama di Putrajaya dan terletak di Presint 1. Pusat membeli-belah ini mempunyai menawarkan pelbagai kedai, restoran, pilihan hiburan (boling, panggung wayang serta karaoke) dan medan selera. Padat pada hujung minggu dengan pengunjung yang datang bersama keluarga untuk membeli belah dan berhibur sambil menjamu selera di pelbagai restoran yang menyediakan hidangan steamboat Thai, ayam panggang, hidangan berasaskan ikan dan makanan laut segar, sushi, makanan korea, masakan Malaysia seperti asam laksa, pulut dan kari ayam, nasi ulam dan ayam percik serta nasi ayam. Pusat ini juga mempunyai ‘travelator’ yang pertama di dalam pusat membeli belah di Malaysia yang menghubungkan kedai-kedai dan akses terus ke tempat letak kereta.

    2.9395° N, 101.7106° E 


    ALAMANDA PUTRAJAYA