• Destinasi Makanan & Membeli Belah


    Pasar Malam Putrajaya Presint 14

    Pasar Malam Presint 14 beroperasi setiap Sabtu, Ahad dan Isnin dari jam 3 petang sehingga 12 tengah malam. Pasar Malam ini menawarkan pelbagai barang seperti sayur-sayuran, buah-buahan, lauk pauk dan bahan mentah masakan. Di samping itu terdapat gerai yang menjual makanan dan minuman, pakaian, kasut, serta barangan permainan kanak-kanak. Antara menu yang menjadi tumpuan termasuk ayam goreng crispy, nasi kukus ayam dara, laksa pulau pinang, gulai kawah, burger keju, bakso dan banyak lagi. Pendek kata semua ada dijual di sini. 

    2.9389° N, 101.7134° E 

    PASAR MALAM PUTRAJAYA PRESINT 14