• 2024


    PELANCARAN ROADMAPS PUTRAJAYA BANDAR RENDAH KARBON

    FA7 - SDG 6,7,11,12,13,15

    https://www.facebook.com/group...

    Tarikh : 22 Februari 2024

    Masa   : 9:30 Pagi – 11:00 Pagi

    Lokasi  : Auditorium Tun Azizan Zainul Abidin, Kompleks PPj

    Selaras dengan pengumuman Kerajaan  bahawa Putrajaya akan dijadikan model bandar rendah karbon Malaysia, dokumen Roadmaps Putrajaya Bandar Rendah Karbon telah disediakan sebagai panduan pelaksanaan tindakan rendah karbon sehingga tahun 2030.  Dokumen tersebut  telah dilancarkan oleh YB Dr. Zaliha Binti Mustafa, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) bersempena Majlis Aspirasi 2024: Bersama Memacu Wilayah Persekutuan Sejahtera.


    Tindakan rendah karbon berimpak tinggi telah dikenalpasti berdasarkan enam (6) tema iaitu:

    • Tenaga (Energy)
    • Perancangan Bandar dan Peraturan Bangunan (Urban Planning and Building Regulations)
    • Mobiliti (Mobility)
    • Biru dan Hijau (Blue and Green)
    • Komuniti (Community)
    • Daya Tahan Iklim (Climate Resilience)

    Hasil daripada pelaksanaan roadmaps ini akan menyumbang kepada pencapaian sasaran pengurangan pelepasan gas rumah hijau (GHG) mutlak sebanyak 33% menjelang tahun 2030 sepertimana ketetapan dalam Pelan Induk Bandar Rendah Karbon Negara (NLCCM).