• Destinasi Makanan & Membeli Belah


    Penanggah Food Court @ Taman Warisan Pertanian

    Penanggah Taman Warisan Pertanian yang terletak di Presint 16 Putrajaya menyediakan lebih 150 jenis menu dari 21 gerai makanan. Antara makanan yang boleh didapati di sini ialah nasi ayam, bihun sup, ayam gunting, Roti John, tomyam ala carte, nasi campur, ikan bakar, kuetiau kerang dan lain-lain. Paling menarik, medan selera ini mempunyai tempat letak kereta yang luas, kemudahan tandas yang bersih dan selesa serta surau berhawa dingin. Sangat sesuai buat seisi keluarga menikmati keindahan tanaman menghijau sambil menjamu selera. Penanggah Food Court beroperasi setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam. 

    2.9246° N, 101.6814° E 

    PENANGGAH FOOD COURT @ TAMAN WARISAN PERTANIAN