• Destinasi Makanan & Membeli Belah


    Pusat Bandar Presint Diplomatik

    Terletak di Presint 15, Putrajaya yang berdekatan dengan Kompleks Kerajaan dan kompleks membeli belah Alamanda. Meliputi kawasan seluas 7.6 ekar dan hanya 10 minit pemanduan ke Bandar Baru Bangi. Pelbagai perniagaan, perkhidmatan, gerai jualan yang disediakan, tempat makan menarik dan enak membuatkan Presint 15 tidak pernah surut dengan kunjungan pelanggan. Jangan lupa singgah dan menikmati hidangan lazat dari pantai timur, nasi ulam, nasi kandar, masakan Arab seperti beef kebab dan beriani, makanan Cina Muslim (char kuetiau dan Nasi Goreng Yong Chow) serta masakan Thailand (tomyam dan nasi paprik) dan banyak lagi. 

    2.9448° N, 101.7220° E 

    PRESINT DIPLOMATIK