• Destinasi Makanan & Membeli Belah


    Selera Putra

    Selera Putra yang terletak bersebelahan Masjid Putra, menawarkan pelbagai jenis hidangan tempatan dan antarabangsa yang menggamit selera. Nasi kandar, ayam panggang, nasi ayam, menu pantai timur, masakan kampung, pelbagai jenis aiskrim, kuih muih Melayu, hidangan mi dan banyak lagi. Tempat ini mampu menampung seramai 800 pengunjung pada satu masa. Terdapat dua pilihan untuk para pengunjung – sama ada memilih untuk menjamu selera di ruang tertutup yang berhawa dingin atau kawasan terbuka di tepi tasik yang nyaman. Selain dari makanan, terdapat juga perkhidmatan lain seperti kiosk menjual majalah dan makanan dan bilik bayi. 

    2.9341° N, 101.6901° E