Destinasi Makanan & Membeli Belah
AYER@8, Presint 8
Ayer@8 ialah hab tepian air baharu di Presint 8 yang diinspirasikan oleh Promenade@8 di Venice. Ayer@8 Putrajaya membawa bandar paling romantik di Eropah ke depan pintu rumah anda. Paling menarik ia berhadapan dengan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin yang menyajikan pemandangan yang sangat indah untuk dijadikan tempat menjamu selera pelbagai jenis hidangan dari masakan tempatan, makanan barat, timur tengah, masakan nyonya, hidangan Cina Muslim atau masakan yang berasal dari selatan Thailand bersama keluarga atau sahabat handai. Bukan sahaja menjamu selera, apa sahaja yang anda mahu lakukan seperti membeli-belah, bersantai atau bekerja boleh dilakukan di hab yang terletak di tepi Tasik Putrajaya ini.
2.9250° N, 101.6807° E