• Meeting, Incentive, Conference, Exhibition (MICE)


    Kelab Tasik Putrajaya

    Selain menjadi destinasi peminat sukan air, kelab ini juga menyediakan ruangan untuk disewa bagi penganjuran pelbagai majlis. Terdapat ruang terbuka di lobi, kawasan tepian tasik serta ruang berhawa dingin iaitu bilik mesyuarat serta bilik rekreasi. Pengunjung boleh memilih jenis ruangan yang diinginkan untuk majlis tertentu berdasarkan bajet. Terdapat pelbagai program tahunan dianjurkan oleh kelab untuk ahli dan juga orang awam. Kapasiti maksimum boleh menempatkan 110 orang dalam susunan meja bulat. 

    Kelab Tasik Putrajaya turut menawarkan pakej hari keluarga bagi badan korporat dan kerajaan lengkap dengan fasiliti sukan.


    2.9398° N, 101.6879° E

    http://kelabtasikputrajaya.com.my/

    Kelab Tasik Putrajaya