Destinasi Makanan & Membeli Belah
Medan Selera Presint 8
Medan Selera Presint 8 yang memiliki gerai yang menyediakan pelbagai jenis makanan. Berkonsep terbuka dengan tempat makan yang bersih, medan selera pertama kawasan kejiranan di Putrajaya ini menyediakan makanan Melayu dan barat pada harga berpatutan. Ia terkenal dengan nasi lemak berlauk dengan sambal bertaraf lima bintang di samping pisang goreng cheese, kari kepala ikan, gulai ayam, nasi kukus dan bihun sup utara. Terletak di persimpangan Jalan P8 dan Jalan P8C, berdekatan dengan lain-lain kemudahan awam seperti sekolah bestari, pusat pembelajaran kawasan kejiranan, unit perumahan dan komersial.
2.9388° N, 101.6833° E