• Meeting, Incentive, Conference, Exhibition (MICE)


    Mercure Living Putrajaya

    Mercure Living pertama di Malaysia terletak di pusat bandar Putrajaya, berhampiran pusat membeli belah utama di Putrajaya. Hotel Mercure berkonsepkan “Living” pertama di Malaysia ini mengetengahkan rekaan moden. Dengan kamar tidur, ruang makan, dapur dan tempat bekerja yang berasingan sesuai untuk para pengunjung yang menetap lebih lama di hotel, seolah-olah berada di kediaman sendiri.

    Hotel dengan ketinggian 36 tingkat dan 299 jumlah kamar ini merupakan bangunan tertinggi di Putrajaya, anda dapat menikmati pemandangan penuh Bandar Putrajaya secara langsung dari kamar dan bilik mesyuarat. Kemudahan rekreasi juga disediakan termasuk satu-satunya kolam renang air masin di Putrajaya dengan saiz 52 meter persegi, gimnasium, gelanggang badminton, dan pusat urut, ini bagi memastikan pengunjung dapat menikmati masa berkualiti sepanjang menetap di Mercure Living Putrajaya.

    Selain itu, anda juga boleh menempah bilik mesyurat bagi sebarang majlis rasmi atau majlis sosial. Terdapat 6 bilik mesyuarat yang boleh ditempah untuk sebarang majlis bersesuaian dengan acara.

    2.9378° N, 101.7088° E

    http://mercureliving-putrajaya.com/EN/home

    Hotel Mercure Living Putrajaya