• Sukan & Rekreasi


    Pantai Floria

    Bermula 1 Mac 2022, pantai buatan yang terletak di Anjung Floria merupakan antara tarikan rekreasi terbaharu di Putrajaya. Beroperasi dari jam 9.00 pagi sehingga 6.30 petang setiap hari, pantai sepanjang 100 meter itu dilengkapi kawasan lapang, air pancuran dan tempat duduk bertingkat yang selesa. Di sepanjang sisiran tasik Anjung Floria pula terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan. Antaranya memancing, berkayak, bot kawalan jauh dan berkelah untuk para pengunjung meluangkan masa bersama keluarga. Paling menarik kawasan rekreasi ini terletak di lokasi mudah akses lengkap dengan pelbagai fasiliti antaranya cyclist cafe, surau, tandas awam serta kawasan letak kereta yang luas.


    2.9128° N, 101.6789° E


    Pantai Floria