• 2023


    BANK POLYAL PUTRAJAYA

    FA6 & SDG11,12,13

    Perbadanan Putrajaya telah melancarkan satu inisiatif Bandar Hijau yang baru iaitu Bank PolyAl di bawah projek CAREton@Putrajaya pada 16 Mac 2023.

    TATACARA PERMOHONAN BANK POLYAL – CARETON@PUTRAJAYA

    • Pemohon perlu menyertai Facebook group Bandar Hijau Putrajaya untuk mendapatkan maklumat terkini.(https://www.facebook.com/group...)
    • Peserta perlu mengisi borang permohonan seperti di pautan https://forms.gle/PUmHB6o3MRrMHVzH6 atau melalui QR.
    • Kelulusan permohonan akan dimaklumkan melalui emel pemohon.
    • Bilangan dan saiz papan PolyAl yang diluluskan adalah tertakluk kepada bekalan stok dalam Bank PolyAl Putrajaya.
    • Pemohon hendaklah memaklumkan status penyiapan projek kepada Perbadanan untuk tinjauan di tapak.

     Projek 1 : Kebun Komuniti 4, Presint 14 (15 Jun 2023)

    Kebun Komuniti 4 telah membuat permohonan dan menggunakan papan polyal untuk menghasilkan produk seperti kerusi, rak barangan, singki, pintu almari dan tempat letak pasu bunga.

    Projek 2:  Penambahbaikan Rumah Sampah untuk Sisa Pukal, Presint 11 & 17

    Bahagian Kesihatan Persekitaran, Jabatan Perkhidmatan Bandar telah menambahbaik rumah sampah di dua lokasi kawasan perumahan menggunakan papan polyAl sebagai penghadang untuk ruang khas mengumpul sisa pukal bagi menangani isu penyimpanan sisa pukal.

    Projek 3 : National Planning Congress (NPC), 8 & 9 November 2023

    National Planning Congress (NPC) telah berlangsung di Dewan Persidangan, Kompleks Perbadanan Putrajaya. Booth pameran Perbadanan telah direkabentuk dengn konsep ‘Smart & Sustainable City’. Salah satu bahan mesra alam iaitu papan PolyAl telah digunakan dalam rekaan booth tersebut. Penggunaan PolyAl dapat dilihat pada kaunter pameran dan meja peralatan sistem ‘Putrajaya Command Center’.