• 2023


    BENGKEL REKABENTUK KITARAN BERASASKAN PAPAN POLYAL (1–3 OGOS 2023)

    FA6 & SDG11,12,13 

    https://www.facebook.com/groups/PutrajayaBandarHijau/permalink/830359928317989/

    Bengkel Rekabentuk Kitaran Berasaskan Papan Polyal telah berlangsung pada 1 hingga 3 Ogos 2023 di POINT, Kompleks Kejiranan Presint 16. Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran institusi dan komuniti dalam aspek menghasilkan produk yang inovatif dan mempunyai nilai tambah serta tidak menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Di samping itu, menggalakkan komuniti untuk terlibat sebagai ‘design entrepreneurs’ yang berkualiti dan menepati kehendak pasaran.

    Seramai 14 peserta terdiri daripada pemenang Pertandingan CAREton@Putrajaya Perabot PolyAl 2022 telah menyertai bengkel ini dan penyertaan adalah percuma.  Bengkel tersebut mempunyai 3 modul iaitu :

    • Modul 1: Proses rekabentuk
    • Modul 2: Pembangunan rekabentuk konsep produk melalui lakaran
    • Modul 3: Pembangunan rekabentuk secara manual (mock up) dan menggunakan teknologi rekabentuk.

    Peserta telah dibahagikan kepada 5 kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menghasilkan satu mock up produk mengikut tema yang telah diberi, iaitu:

    • Perabot taman,
    • Perabot jalan,
    • Rak basikal serbaguna,
    • Hamper create/ kotak cenderamata
    • Pet carrier/ cage

    Tiga Best Mock Up Design telah dipilih untuk pembuatan prototaip oleh The Green Factory. Para pemenang telah menerima hadiah berupa wang tunai, sijil serta hadiah iringan. Bengkel Rekabentuk Kitaran Berasaskan Papan PolyAl telah dijayakan bersama penganjur program, Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan rakan strategik, Syarikat Tetra Pak Malaysia.