• Sukan & Rekreasi


    Bubbles & Beans Putrajaya

    Bubbles & Beans adalah sebahagian daripada keluarga Giant Bubble Putrajaya yang menyediakan sewaan tunggangan yang mengagumkan untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Sesuai untuk beriadah santai dengan keluarga dan rakan-rakan sambil bermain buih gergasi di tepi tasik terutamanya pada waktu malam.  Pelbagai pilihan kayuhan ceria di sisiran tasik untuk disewa antaranya basikal biasa, basikal elektrik, basikal tandem, basikal keluarga (2 pengayuh/4 pengayuh/6 pengayuh), beca roda tiga dan beca berlampu. Juga disediakan e-scooter dan kereta api mini untuk dewasa dan kanak-kanak. Setelah penat berseronok, terdapat banyak pilihan restoran dengan pemandangan tasik yang indah. Datang dan sertai keseronokan di Bubbles & Beans sambil menikmati pemandangan indah Putrajaya. 


    2.9246° N, 101.6814° E

    Bubbles & Beans Putrajaya