• 2022


    FA3 & SDG11,13 : Lawatan Tapak Projek Perintis Bagi Penyediaan Infrastruktur Laluan Mikromobiliti Berdasarkan Garis Panduan Mobiliti Aktif (14 November 2022)

    Lawatan Tapak Projek Perintis (Pilot Project) Bagi Penyediaan Infrastruktur Laluan Mikromobiliti Berdasarkan Garis Panduan Mobiliti Aktif

    PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar dan Desa) sedang menyediakan draf Garis Panduan Perancangan (GPP) Mobiliti Aktif (Active Mobility) yang akan menjadi dokumen rujukan kepada jabatan/agensi Persekutuan, Pihak Berkuasa Negeri, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan pihak berkepentingan dalam merancang, membangunkan dan mereka bentuk laluan mobiliti aktif.

    Putrajaya telah dipilih sebagai salah satu lokasi bagi projek perintis tersebut atas faktor ketersediaan kemudahan laluan berbasikal serta kemudahan sokongan lain di Putrajaya.

    Sesi lawatan tersebut melibatkan Perbadanan Putrajaya, Kementeriam Wilayah Persekutuan, Jabatan Kerja Raya Wilayah Persekutuan Putrajaya (JKRWPP), Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) dan Malaysian Institute of Road Safety Research (MIROS).