• Senibina Ikonik


    Jambatan Seri Saujana

    Jambatan yang mencetuskan revolusi kerana kejayaan menggabungkan dua teknik kejuruteraan berbeza iaitu gerbang dan kabel-penyangga - merakamkan detik kecemerlangan dalam bidang kejuruteraan di negara ini.  Penghubung di antara Pulau Utama (Presint 4) dan Presint 7, lokasi Jambatan Seri Saujana adalah strategik di pintu masuk utama ke Pulau Utama dari arah selatan melalui jalan B15 yang telah dinaik taraf dan lebuhraya KL-KLIA. Jambatan dikawal oleh parameter rekabentuk untuk menampakkan struktur futuristik yang ramping dan anggun, dengan panjang keseluruhan 300 m dan lebar keseluruhan 32 m.

    2.9135° N, 101.6764° E

    Jambatan Seri Saujana