2026
KLINIK PENGURUSAN TENAGA 2026
FA1 & SDG 7,11,13
https://www.facebook.com/share...
Perbadanan Putrajaya (PPj) telah melaksanakan tujuh (7) siri Klinik Pengurusan Tenaga bermula 16 Jun hingga 1 Julai 2026. Program ini merupakan khidmat nasihat teknikal PERCUMA kepada peserta baru program Pelaporan Penggunaan Tenaga & Pelepasan Karbon Sektor Bangunan (BECO2R). Kaedah sesi ‘walk-through’ audit tenaga bangunan yang dijalankan bertujuan untuk membantu meningkatkan kecekapan tenaga, menjimatkan kos operasi dan mengurangkan pelepasan karbon sektor bangunan di Putrajaya.
🏢 7 Bangunan yang terlibat:
📍 Menara Z10, Presint 1
📍 KK Super Mart P15(2), Presint 15
📍 Kuarters Fasa 14-7, Presint 14
📍 Kuarters Fasa 14-12, Presint 14
📍 Kuarters Fasa 5R1, Presint 5
📍 Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat, Presint 7
📍 Hospital Putrajaya, Presint 7
Ucapan penghargaan kepada rakan strategik PPj iaitu pihak SEDA Malaysia atas kerjasama dan komitmen yang diberikan dalam menjayakan program ini.

