• 2023


    KLINIK PENGURUSAN TENAGA BAGI BANGUNAN PREMIS SWASTA - SIRI 1 (23 MEI 2023)

    FA1 & SDG 7,11,13

    https://www.facebook.com/groups/PutrajayaBandarHijau/permalink/798381661515816/

    Insentif ini dilaksanakan khas kepada premis swasta yang telah menyertai program Building Energy Use & Carbon Reporting (BECO2R) PPj bersama rakan strategik iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Tenaga Nasional Berhad Energy Services Sdn. Bhd. (TNBES). Khidmat nasihat pengurusan tenaga bangunan & 'walk through audit' secara percuma telah disediakan untuk membantu menurunkan penggunaan tenaga dan kos utiliti bangunan peserta BECO2R.

    Di bawah inisiatif BECO2R, premis swasta turut diberi latihan kaedah pemantauan penggunaan tenaga elektrik dan air secara bulanan dengan pelaporan kepada PPj secara atas talian. Siri 1 telah dijalankan di bangunan Secret Recipe Restaurant, Presint 15.

    Klinik Pengurusan Tenaga dimulakan dengan taklimat pengenalan bangunan, soal selidik profil bangunan dan penerangan tren penggunaan tenaga dan air.

    Kemudian, sesi klinik diteruskan dengan mengadakan lawatan sekitar bangunan untuk melihat cara pengoperasian bangunan serta beberapa cadangan akan diberikan oleh pihak Perbadanan dan TNB.