• 2023


    MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH INISIATIF HIJAU PUTRAJAYA 2023 (AIH PUTRAJAYA 2023) (18 OGOS 2023)

    FA7 & SDG11,13

    https://www.facebook.com/group...

    Majlis Penyampaian Anugerah Inisiatif Hijau Putrajaya 2023 (AIH Putrajaya 2023) telah berlangsung pada 18 Ogos 2023 dan telah disempurnakan oleh Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya di Bilik Anggerik, Kompleks PPj. 

    AIH Putrajaya 2023 bertujuan untuk meningkatkan lagi penglibatan penduduk dan warga kerja Putrajaya melaksanakan inisiatif hijau yang kreatif dan inovatif khasnya untuk penjimatan tenaga (elektrik), air dan pengurangan sisa pepejal. Seramai 34 penyertaan telah diterima dan hanya 17 peserta sahaja telah terpilih sebagai pemenang dan menerima hadiah berupa wang tunai, sijil dan hadiah iringan.

    Program ini dianjurkan dengan kerjasama rakan strategik iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB), Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dan Alam Flora Sdn Bhd.