• 2024


    MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH INISIATIF HIJAU PUTRAJAYA 2024 (AIH PUTRAJAYA 2024) (10 SEPTEMBER 2024)

    FA7 & SDG11,13

    https://www.facebook.com/share/p/JwBHZxzEFwTSRVCP/

     Tempoh :  5 Julai hingga 5 Ogos 2024

     Objektif :  Untuk memberi penghargaan dan pengiktirafan kepada institusi awam dan swasta yang telah mengamalkan inisiatif rendah karbon secara berterusan di Putrajaya. 

     Rakan Strategik : i) Tenaga Nasional Berhad,

    • Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.,
    • Alam Flora Environmental Solutions Sdn. Bhd.
    • Suruhanjaya Tenaga.

     Anugerah ini terbuka kepada semua institusi awam dan swasta di Putrajaya. Empat inisiatif AIH Putrajaya 2024;

    • Penjimatan elektrik.
    • Penjimatan air.
    • Pengurangan sisa pepejal.
    • Kenderaan rendah karbon.

    Majlis Penyampaian Anugerah Inisiatif Hijau Putrajaya 2024 (AIH Putrajaya 2024) telah berlangsung pada 10 September 2024 dan telah disempurnakan oleh Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya di Bilik Anggerik, Kompleks PPj. 

    Seramai 23 penyertaan telah diterima dan telah terpilih sebagai pemenang dan menerima hadiah berupa wang tunai, sijil dan hadiah iringan. Di samping itu, sebanyak 6 pengusaha stesen petrol telah terpilih sebagai penerima Anugerah Khas Presiden bagi inisiatif pemasangan solar di premis.