• 2025


    MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH INISIATIF HIJAU PUTRAJAYA 2025 (AIH PUTRAJAYA 2025) (2 OKTOBER 2025)

    FA7 & SDG 6,7,11,13

    https://www.facebook.com/share...

     Tempoh :  15 Julai hingga 15 Ogos 2025

     Objektif :  Skim penghargaan yang memberi fokus kepada pelaksanaan amalan rendah karbon di kalangan institusi awam dan swasta di Putrajaya. 

     Rakan Strategik :

    • Tenaga Nasional Berhad,
    • Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd.,
    • Alam Flora Environmental Solutions Sdn. Bhd.
    • Suruhanjaya Tenaga.
    • Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia.

     Anugerah ini terbuka kepada semua institusi awam dan swasta di Putrajaya. Lima inisiatif AIH Putrajaya 2025:

    • Penjimatan elektrik tahunan.
    • Penggunaan tenaga solar.
    • Penjimatan air tahunan.
    • Pengangkutan.
    • Pengurangan sisa pepejal.

    Majlis Penyampaian Anugerah Inisiatif Hijau Putrajaya 2025 (AIH Putrajaya 2025) telah berlangsung pada 2 Oktober 2025 dan telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Puan Baizura binti Kamal, Naib Presiden (Undang-undang)/ Setiausaha, Perbadanan Putrajaya di Bilik Anggerik, Kompleks PPj. Seramai 24 penerima AIH telah terpilih sebagai pemenang dan menerima hadiah berupa wang tunai, sijil dan hadiah iringan.