• 2023


    MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PUTRAJAYA URBAN BIODIVERSITY CHALLENGE (PUBC 2023) (3 JULAI 2023)

    FA2 & SDG11,13,15

    https://www.facebook.com/group...

    Majlis Penyampaian Hadiah Putrajaya Urban Biodiversity Challenge (PUBC 2023) telah disempurnakan oleh Dato’ TPr. Fadlun Bin Mak Ujud, Presiden Perbadanan Putrajaya dan telah diadakan di Bilik Anggerik, Kompleks PPj. Seramai 62 peserta telah menyertai PUBC 2023 dan hanya 30 peserta telah terpilih sebagai pemenang. Pemenang telah menerima hadiah berupa sijil, wang tunai dan hadiah iringan. Perisian "iNaturalist" telah digunakan sebagai platform penyertaan PUBC 2023 dan merupakan satu aplikasi yang mudah bagi orang awam untuk muatnaik gambar pemerhatian mereka.

    PUBC 2023 telah dijayakan bersama rakan strategik iaitu Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).