• 2023


    MINI KARNIVAL CARETON@PUTRAJAYA 2023 (26 JULAI 2023)

    FA6 & SDG11,12,13 

    Mini Karnival CAREton@Putrajaya 2023 telah diadakan di Fasiliti Inovasi Pusat Kitar Semula (FIKS) Presint 5. Penganjuran mini karnival ini bertujuan untuk mempromosi projek CAREton@Putrajaya dengan menerapkan konsep sirkular ekonomi khususnya di peringkat institusi pendidikan sebagai salah satu inisiatif hijau Putrajaya. Selain itu, program ini juga memberi pendedahan dan mendidik generasi muda berkenaan inisiatif kitar semula khusunys kotak minuman terpakai (UBC) dan proses penghasilan produk berasaskan teknologi hijau iaitu papan PolyAl.

    Sebanyak 9 sekolah rendah dan 7 sekolah menengah telah menyertai program ini. Seramai 78 orang yang hadir terdiri daripada para pelajar dan guru pengiring. Aktiviti yang dijalankan iaitu:  

    1. Bengkel diy pasu bunga PolyAl
    2. Pameran Projek CAREton
    3. Fun game CAREton
    4. Flip, flap, flat game
    5. FIKS edu tour

    Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Pengumpulan UBC dan Pertandingan ‘Most Creative DIY PolyAl Flower Pot’ turut diadakan semasa mini karnival. Para pemenang telah menerima hadiah berupa sijil, wang tunai serta hadiah iringan. Sebanyak 308 kg telah terkumpul hasil daripada pertandingan Pengumpulan UBC yang telah dianjurkan bermula 21 Jun hingga 13 Julai 2023.

    Mini Karnival CAREton@Putrajaya 2023 telah dijayakan bersama rakan strategik iaitu Syarikat Tetra Pak Malaysia, Nestle Milo UHT Malaysia dan Alam Flora Sdn. Bhd.